Pembahagian pentadbiran Turki

Rencana–rencana utama: Wilayah di Turki dan Daerah di Turki

Ibu negara Turki ialah Ankara. Perwilayahan Turki terbahagi kepada 81 wilayah untuk tujuan pentadbiran. Wilayah-wilayah ini dikumpulkan kepada tujuh kawasan untuk tujuan banci; tetapi pembahagian kawasan ini tiada tujuan pentadbiran. Setiap wilayah dibahagikan kepada daerah, iaitu sejumlah 923 daerah.

Ibu wilayah (atau daerah pusat) biasanya sama nama dengan wilayahnya, kecuali wilayah-wilayah Hatay (Antakya), Kocaeli (İzmit) and Sakarya (Adapazarı). Wilayah-wilayah yang teramai penduduknya ialah Istanbul (13 juta), Ankara (5 juta), İzmir (4 juta), Bursa (3 juta) dan Adana (2 juta).

Bandaraya terbesar dan ibu negara pra-Republik, Istanbul, ialah pusat kewangan, ekonomi dan kebudayaan negara.[65] Kira-kira 75.5% penduduk Turki tinggal di kawasan bandaraya utama.[66] Keseluruhannya, 19 wilayah masing-masing diduduki lebih sejuta penduduk, manakala 20 lagi wilayah diduduki antara 500 ribu hingga sejuta penduduk. Hanya dua wilayah yang penduduknya kurang daripada 100,000.